ARAU

Nat Pokok Getah

Ahad, April 10, 2016

Agak memalukan untuk menyatakan yang walaupun aku dilahirkan di negeri Perlis yang sekangkang kera ni, inilah kali ke-2 aku menjejakkan kaki ke Nat Pokok Getah, Pauh. Kali pertama aku datang kesini adalah ketika zaman masih bersekolah.

Kebetulan nak di jadikan cerita pagi ini aku redah bersarapan di Arau bersama anak bini. Tengah bersarapan bini aku bagi idea untuk ke Nat Pokok Getah selepas selesai bersarapan. Memandangkan aku serius tak ingat lokasi nat tersebut maka aku pun gigihlah mencari lokasi menggunakan aplikasi Waze. Rupanya Nat tersebut terletak kira-kira 800 meter aja dari tempat kami bersarapan.

Bagi yang tak tahu apa itu Nat, Nat bermaksud pasar pagi dalam loghat utara. Di namakan sebagai Nat Pokok Getah adalah kerana pasar pagi ini terletak didalam kebun getah dan terbahagi kepada dua bahagian kiri dan kanan jalan. Ia dibuka pada setiap hari Ahad dari jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Menghimpunkan lebih daripada 300 peniaga dengan pelbagai jenis barangan yang diniagakan.


Sewaktu kami sampai jam menunjukkan baru pukul 8.00 pagi

Masih ramai peniaga kelihatan baru nak turunkan barang dari Van dan
ada juga yang baru nak memacak khemah

Kebetulan sewaktu meronda tersempak  pula dengan orang kampung aku yang rupanya berniaga disini. Sembang la serba sikit. Katanya nat ni mula meriah pada pukul 9.30 pagi ke atas dan katanya jugak bila waktu puncak nak cari parking pun susah. Kalau ada pun kena menapak jauh.

Sebenarnya takda tujuan pun kami ke sini. Sekadar cuci mata. Maka berikut serba sedikit hasil cucian mata.

Banyak khemah menjual pakaian bundle

Memacam jenis perkakas rumah dengan harga murah

Haiwan peliharaan pun ada

Alat tukang dan seangkatan

Kostum pun ada jual

Selain barang keperluan dan barang basah, gerai untuk bersarapan pun tersedia disini
Oleh kerana nat ini dibuat dibawah rimbunan pohon - pohon getah, maka suasana yang redup dari panas matahari membuatkan terasa lebih nyaman untuk membeli belah. Bagi aku, tak sangka di negeri Perlis ini terdapat sebuah pasar yang unik dan menarik setanding dengan pasar - pasar yang dipromosikan di peta perlancongan negeri-negeri lain tapi sayangnya kewujudan Nat ini tidak terlalu di promosikan didalam peta perlancongan negeri Perlis itu sendiri.


Hatyai

Cara Ke Hatyai : Pandu Sendiri

Isnin, April 04, 2016

Kat sini aku nak cerita step by step kepada mereka yang nak ke Hatyai melalui Padang Besar dengan memandu kenderaan sendiri.
Pastikan anda membawa salinan geran kenderaan beserta surat kebenaran memandu ( jika anda bukan pemilik nama di geran )
Untuk memandu di Thailand, anda memerlukan perlindungan insurans basic. Insurans basic ni adalah peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Thai bagi kereta asing yang nak memandu di sana. Dari yang aku faham,  Insurans basic ni hanya cover kos perubatan mangsa yang kita langgar (*mintak simpang*) dan tidak cover harta benda mangsa seperti kenderaan apatah lagi kenderaan kita. Dan syarikat insurans Malaysia tak cover kenderaan Malaysia di Thai. (bunyi macam bahaya kan? banyak berdoa lah, Alhamdulillah selama dok pi ni ok aja)
Di pekan Padang Besar terdapat 3 pejabat wakil Insurans yang boleh anda kunjungi iaitu Chong Aik Chang (masuk pekan padang besar memang nampak ni dulu), Pejabat Insurans no.2 terletak bersebelahan BSN Padang Besar dan no.3 iaitu cawangan pejabat No.2 ni terletak di lorong bersebelahan Maybank Padang Besar. Insurans boleh dibeli untuk tempoh masa seminggu (RM18), sebulan (Rm25) atau setahun (rm90).
In case anda tidak membawa surat kebenaran memandu, anda boleh dapatkan surat yang telah di drafkan dari pejabat insurans disini secara percuma. Sign pepandai sendiri.
Dah selesai beli insurans, maka boleh lah anda menuju ke pintu sempadan. Macam biasa, cop passport atau border pass anda di kaunter drive thru sebelah Malaysia sebelum masuk ke bahagian Imigresen  Thailand.
Di bahagian Imigresen Thailand, parking kenderaan anda dan bawa turun passport atau border pass untuk di cop oleh pihak Imigresen Thailand. Disini ada sorang pakcik siam ni akan offer isi arrival card bagi mereka yang menggunakan passport dengan bayaran rm1. Ekceli benda tuh mudah aja nak isi. So yang mana rasa tak nak boleh skip sahaja pak cik ni, dan mintak di kaunter imigresen sendiri borang tuh dan isi sebelum di serahkan bersama passport kepada Imigresen Thailand untuk di cop. Time ni anda akan di "pow" rm1 duit kopi oleh pihak imegresen Thailand,bergantung pada mood pegawai bertugas. So ikut nasib memandangkan duit tersebut bukan syarat wajib oleh pihak berkuasa Thailand.
Selesai cop dan menyumpah dalam hati, jalan pulak ke kaunter declare kenderaan berhadapan dengan kaunter cop passport. Bawa sekali salinan geran, surat kebenaran bagi bukan pemilik kenderaan dan surat insurans yang telah dibeli. Serahkan pada pak cik Imegresen Thailand berkaca mata bulat seakan profesor di kaunter.
Habis part di atas, anda akan mendapat surat kebenaran memandu dari kastam Thailand dan selamat memandu

Nota :

Surat kebenaran memandu kastam Thai perlu diserahkan semula time balik nanti. Surat ini untuk menunjukkan yang kereta anda sudah keluar dari Thailand. Aku harituh boleh terlupa bagi, maka terpaksalah ke sempadan semata - mata nak serahkan semula menda alah ni. Kalau anda tak pulangkan mengikut tempoh yang ditetapkan di surat tersebut, denda adalah rm50/hari.
Isi minyak penuh-penuh memandangkan minyak di Thailand bapak mahal
Pandu cermat memandangkan ada dengar 2-3 kes pemandu Malaysia di pow kaw-kaw bila eksiden. Tapi jangan lah cuak pulak, pemandu sana berhemah dan kereta Malaysia bersepah.
Kalau tak sempat tukar duit di Malaysia, kat Padang Besar Thai pon ada money changer. Ahad buka.

Siapa Saya

Jumaat, April 01, 2016

Penduduk asal negeri Perlis sebelum menyambung pelajaran di Melaka
Dan seterusnya Cyberjaya, 
Sebelum pulang bekerja di kampung halaman terchenta,
Bercita cita meneroka dunia kononnya, 
Namun qada dan qadar telah ditentukan yang Maha Kuasa, 
Melanggar pantang larang peneroka, 
Dengan berkahwin dan baru menimang cahaya mata, 
Maka cita-cita penerokaan dunia terbantut buat seketika, 
Untuk menghilangkan resah di dada, 
Aku meneroka menjelajahi negeri sekangkang kera, 
Blog ini diabadikan sebagai panduan,
Bagi mereka yang tak keruan. 

2012 - Backpacking buat pertama kali ke Bangkok menaiki Kereta Api bersama 2 orang sahabat. Perjalanan yang menjangkitkan aku dengan virus 'Travel Bug'.



2013 - Backpacking bersama seorang sahabat ke Siem Reap Cambodia sebelum kena tinggal sorang-sorang di Bangkok. Pengalaman kali pertama ber-solo travel.



2013 - Kaki gatal...tak boleh nak stop berjalan, 2 bulan kemudian aku travel pula 6 hari 5 malam mengelilingi semenanjung Malaysia secara solo dengan menaiki skuter Yamaha Ego 115cc. Pengalaman pertama overland yang aku namakan sebagai REDAH 1.0


2014 - Baru beberapa bulan kahwin. Kaki gatal. Tinggal bini dan travel secara solo selama  12 hari di Indonesia. Meredah Acheh - Medan - Jakarta - Bandung - Jogyakarta. Journey ni aku namakan REDAH 2.0



2015 - Bini pregnat..Sapu mopiko di kaki. Hujung tahun 2015 dapat baby.

2016 - ???

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images