Nat Pokok Getah

Ahad, April 10, 2016

Agak memalukan untuk menyatakan yang walaupun aku dilahirkan di negeri Perlis yang sekangkang kera ni, inilah kali ke-2 aku menjejakkan kaki ke Nat Pokok Getah, Pauh. Kali pertama aku datang kesini adalah ketika zaman masih bersekolah.

Kebetulan nak di jadikan cerita pagi ini aku redah bersarapan di Arau bersama anak bini. Tengah bersarapan bini aku bagi idea untuk ke Nat Pokok Getah selepas selesai bersarapan. Memandangkan aku serius tak ingat lokasi nat tersebut maka aku pun gigihlah mencari lokasi menggunakan aplikasi Waze. Rupanya Nat tersebut terletak kira-kira 800 meter aja dari tempat kami bersarapan.

Bagi yang tak tahu apa itu Nat, Nat bermaksud pasar pagi dalam loghat utara. Di namakan sebagai Nat Pokok Getah adalah kerana pasar pagi ini terletak didalam kebun getah dan terbahagi kepada dua bahagian kiri dan kanan jalan. Ia dibuka pada setiap hari Ahad dari jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Menghimpunkan lebih daripada 300 peniaga dengan pelbagai jenis barangan yang diniagakan.


Sewaktu kami sampai jam menunjukkan baru pukul 8.00 pagi

Masih ramai peniaga kelihatan baru nak turunkan barang dari Van dan
ada juga yang baru nak memacak khemah

Kebetulan sewaktu meronda tersempak  pula dengan orang kampung aku yang rupanya berniaga disini. Sembang la serba sikit. Katanya nat ni mula meriah pada pukul 9.30 pagi ke atas dan katanya jugak bila waktu puncak nak cari parking pun susah. Kalau ada pun kena menapak jauh.

Sebenarnya takda tujuan pun kami ke sini. Sekadar cuci mata. Maka berikut serba sedikit hasil cucian mata.

Banyak khemah menjual pakaian bundle

Memacam jenis perkakas rumah dengan harga murah

Haiwan peliharaan pun ada

Alat tukang dan seangkatan

Kostum pun ada jual

Selain barang keperluan dan barang basah, gerai untuk bersarapan pun tersedia disini
Oleh kerana nat ini dibuat dibawah rimbunan pohon - pohon getah, maka suasana yang redup dari panas matahari membuatkan terasa lebih nyaman untuk membeli belah. Bagi aku, tak sangka di negeri Perlis ini terdapat sebuah pasar yang unik dan menarik setanding dengan pasar - pasar yang dipromosikan di peta perlancongan negeri-negeri lain tapi sayangnya kewujudan Nat ini tidak terlalu di promosikan didalam peta perlancongan negeri Perlis itu sendiri.


You Might Also Like

2 comments

  1. 888 casino - Wooricasinos
    888 casino is the newest online 강원랜드슬롯머신 casino in Malta. The website contains the 브라 벗기 main game selection 토토 배당률 that moonpay was originally available in the Casino sc 벳 Software  Rating: 5 · ‎3 reviews

    BalasPadam
  2. Selali teringin nak ke sini tapi belum ada rezeki.. lagi memalukan walau kg perlis tapi masih banyak tmpt yg belum diri ini explore :D

    BalasPadam

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images