Siapa Saya
Jumaat, April 01, 2016
Penduduk asal negeri Perlis sebelum menyambung pelajaran di Melaka
Dan seterusnya Cyberjaya,
Sebelum pulang bekerja di kampung halaman terchenta,
Bercita cita meneroka dunia kononnya,
Namun qada dan qadar telah ditentukan yang Maha Kuasa,
Melanggar pantang larang peneroka,
Dengan berkahwin dan baru menimang cahaya mata,
Maka cita-cita penerokaan dunia terbantut buat seketika,
Untuk menghilangkan resah di dada,
Aku meneroka menjelajahi negeri sekangkang kera,
Blog ini diabadikan sebagai panduan,
Bagi mereka yang tak keruan.
Bagi mereka yang tak keruan.
2012 - Backpacking buat pertama kali ke Bangkok menaiki Kereta Api bersama 2 orang sahabat. Perjalanan yang menjangkitkan aku dengan virus 'Travel Bug'.
2013 - Backpacking bersama seorang sahabat ke Siem Reap Cambodia sebelum kena tinggal sorang-sorang di Bangkok. Pengalaman kali pertama ber-solo travel.
2013 - Kaki gatal...tak boleh nak stop berjalan, 2 bulan kemudian aku travel pula 6 hari 5 malam mengelilingi semenanjung Malaysia secara solo dengan menaiki skuter Yamaha Ego 115cc. Pengalaman pertama overland yang aku namakan sebagai REDAH 1.0
2014 - Baru beberapa bulan kahwin. Kaki gatal. Tinggal bini dan travel secara solo selama 12 hari di Indonesia. Meredah Acheh - Medan - Jakarta - Bandung - Jogyakarta. Journey ni aku namakan REDAH 2.0
2015 - Bini pregnat..Sapu mopiko di kaki. Hujung tahun 2015 dapat baby.
2016 - ???




1 comments
Betway Casino (2021) Review - Dr.MD
BalasPadamBetway Casino Review, including a list of 창원 출장샵 recommended casinos including 상주 출장샵 deposit options and welcome 안산 출장안마 bonuses for players in 밀양 출장안마 Canada. 여수 출장마사지 Play on Games: 600+Withdrawals: 24-48 hours